JERTIH: Bencana banjir yang melanda Terengganu minggu lepas tidak menjejaskan bekalan ikan segar khususnya di negeri itu, kata Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusoff Othman.
Beliau berkata pengurangan pendaratan ikan hanya berlaku di negeri-negeri pantai timur sahaja, manakala di pantai barat dapat mendaratkan ikan seperti biasa.
"Secara keseluruhan bekalan ikan tidak terjejas dan isu pengurangan pendaratan di pantai timur juga tidak signifikan sebab nelayan sekarang (pantai timur) boleh turun ke laut tidak macam dulu.
"Dulu tidak ada pemecah ombak tapi sekarang sudah ada (pemecah ombak) yang membolehkan nelayan pergi menangkap ikan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada 46 nelayan daerah Besut yang terjejas banjir di Kompleks LKIM Besut, di sini hari ini.
Menurut beliau sekiranya berlaku juga masalah kekurangan ikan, LKIM akan mengeluarkan stok ikan segar beku (QFish) bagi menstabilkan bekalan protein tersebut.
Terdahulu, Yusoff turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM500, Qfish dan beras di bawah program Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan LKIM kepada 36 nelayan di Chalet Nelayan Resort di daerah Setiu.
"Program ini adalah program yang dilaksanakan secara berterusan bagi memberi bantuan segera kepada nelayan yang terjejas dalam bencana alam atau kemalangan sekali gus meringankan beban mangsa dan keluarga.
"Pada tahun ini sahaja, LKIM telah menyalurkan bantuan melalui tabung berkenaan berjumlah RM1.1 juta kepada 1,337 penerima," katanya.
Menurutnya LKIM juga mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana LKIM di peringkat negeri dan ibu pejabat untuk menyelaras persiapan bantuan kepada komuniti nelayan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022
Pengurangan pendaratan ikan cuma berlaku di negeri-negeri pantai timur, manakala di pantai barat dapat mendaratkan ikan seperti biasa. - Bernama
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
Pasangan kekasih abaikan bayi tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram
Sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan.
Dua pegawai polis didakwa kes rasuah RM1.25 juta untuk tutup kes
Dua pegawai polis mengaku tidak bersalah melibatkan kes rasuah RM1.25 juta untuk menutup siasatan seorang ahli perniagaan berhubung kes mata wang kripto bagi pembelian senjata api oleh warga Israel.
Kerajaan muktamad penggunaan kod QR selepas tamat tempoh percubaan - Fadillah
Fasa pertama Sistem Kod QR itu yang melibatkan warganegara Malaysia di BSI dan KSAB bagi mod perjalanan bas dan motosikal akan mula dilaksana bermula Sabtu ini.
Pulau Silikon hak mutlak kerajaan Pulau Pinang
Tanah Pulau Silikon seluas 930.78 hektar adalah milik penuh kerajaan Pulau Pinang.
Pelancaran satelit peninjau tentera terbaharu Korea Utara gagal
Tentera Korea Selatan mengeluarkan satu rakaman video yang didakwa memaparkan percubaan terbaharu Korea Utara yang dilapor melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
Pakistan catat suhu lebih 52 darjah Celsius
Suhu meningkat melebihi 52 darjah Celsius di wilayah Sindh di selatan Pakistan, bacaan tertinggi sepanjang musim panas kali ini dan menghampiri rekod tertinggi negara itu, menurut agensi cuacanya.
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM1.25 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM
LKIM meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).
Musim tengkujuh: Tiada kenaikan harga ikan di Terengganu
Tiada kenaikan harga ikan di negeri ini walaupun berdepan musim tengkujuh, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Azman Ibrahim.
Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi
LKIM memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan.
Bekalan ikan segar mencukupi - LKIM
Pengurangan pendaratan ikan cuma berlaku di negeri-negeri pantai timur, manakala di pantai barat dapat mendaratkan ikan seperti biasa.
Bekalan hasil laut termasuk ikan mencukupi pada musim tengkujuh
Jabatan Perikanan memberi jaminan bahawa bekalan harian hasil laut negara adalah mencukupi semasa musim tengkujuh tahun ini.
Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.
Musim tengkujuh: Harga ikan naik di Terengganu
Kenaikan harga disebabkan oleh kekurangan bekalan kerana nelayan tidak keluar ke laut pada musim tengkujuh.
Musim tengkujuh: LKIM jamin bekalan ikan cukup
Walaupun bekalan ikan dijangka berkurangan, namun, masalah itu dijangka tidak seteruk krisis bekalan ayam sebelum ini.
Stok bekalan ikan negara melebihi permintaan
Kedudukan semasa stok bekalan ikan dan hasil laut dalam negara berjumlah 185,000 tan metrik sebulan berbanding dengan keperluan semasa sebanyak 155,000 tan metrik sebulan.
LKIM sekat eksport spesies ikan popular Januari hingga Februari tahun depan
Pastikan bekalan spesies ikan negara ini mencukupi dan harganya berpatutan ketika musim tengkujuh dan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.